Pages

Friday, July 3, 2009

Ucapan Penangguhan Ketua Wanita Cawangan Semasa Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Pada 13 Jun 2009

Yang Dihormati Tuan Timbalan Pengerusi Tetap, Tuan Hj Yahya Sakri,
Yang Berbahagia Encik Jaafar Sabudin Ketua UMNO Cawangan Sri Damak,
Yang saya hormatkan, saudara Safuan Aman Wakil UMNO Bahagian,
Ahli jawatankuasa UMNO Cawangan Sri Damak,
Ahli jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Sri Damak,
Ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sri Damak,
Ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Sri Damak,
tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekelian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas di atas kehadiran semua ahli UMNO cawangan Sri Damak yang sangat komited dan ikhlas kerana telah hadir pada malam ini sehingga menyebabkan persidangan tahunan sayap-sayap parti cawangan dan persidangan tahunan cawangan dapat disempurnakan.

Saya juga menyeru dan berharap agar pertemuan kita pada malam ini akan menjadi pemangkin agar setiap seorang dari kita lebih bersemangat, lebih komited, lebih bertanggungjawab, lebih berkesedaran untuk berjuang memperkukuhkan lagi parti UMNO serta berani membuat perubahan agar parti kita dapat menambat semula hati pengundi-pengundi bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Walaupun kita telah kelihatan amat lemah dan tersingkir kerana kekalahan di dalam PRU-12 dan juga pilihanraya-pilihanraya kecil, janganlah sekali kita lemah semangat dan mudah mengalah. Kita ibarat sedang berada di dalam sebuah kapal yang berlayar dilambung ombak badai yang menggila, masing-masing berperanan penting, ada yang mendayung, ada yang menarik layar, ada yang menentukan arah kompas dan ada yang mengemudi kapal. Jangan ada sekali-kali di antara kita yang membuat lubang pula, akibatnya kapal akan tenggelam sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

Begitulah juga kita di dalam satu persatuan, mesti bersama-sama bersatu hati, mencantum fikiran dan menggabung kekuatan masing-masing agar parti kita iaitu parti UMNO, satu-satunya parti yang membela nasib orang-orang Melayu tanpa berbelah bahagi agar terus relevan dan dihormati oleh kaum yang lain.

Kita telah jatuh, tetapi kita belum terkeluar dari perlumbaan. Kadang-kadang untuk mendapatkan satu momentum, kita terpaksa berundur ke belakang sedikit untuk melonjak ke hadapan atau ke atas. Layang-layang akan terbang lebih tinggi menentang arus angin. Cabaran-cabaran yang datang bukan untuk mematahkan semangat tetapi untuk kita membajakan perjuangan.

Di tanahair ini Melayu sinonim dengan Islam. Orang Melayu adalah Islam dan Islam dimuliakan oleh Melayu. Siapa lagi yang akan memuliakan agama Islam kalau tidak kita orang-orang Melayu? jadi perjuangan kita parti Melayu bukan hanya memperjuangkan bangsa, kita juga adalah pembela agama Islam.

YAB Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Abd Razak telah melancarkan konsep 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan. Marilah kita bersama-sama beliau mengembara di dalam satu perjalanan hebat di bawah konsep 1 Malaysia sebagai satu identiti rakyat Malaysia untuk membangunkan negara khususnya agar kita mampu bersaing menghadapi dalam era globalisasi dan cabaran dunia tanpa sempadan.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam hormat,
Hjh Nadzifah Maarof
Ketua Wanita UMNO Cawangan Sri Damak.

Thursday, April 30, 2009

Thursday, April 23, 2009

Video kejohanan bola jaring Sri Damak 09



Puan dan saudari yang berminat untuk membuat koleksi video gambar gambar ini boleh email kepada saya wawasansridamak1@yahoo.com.my atau sms/call 0192455187. harga setiap video adalah rm 20.Terima kasih.

Wednesday, April 22, 2009

Kejohan Bola Jaring Sri Damak 09

Ucapan sekalong tahniah kepada ahli jawatan kuasa pengelola yang telah berjaya mengendalikan kejohanan bola jaring Sri Damak 09 yang telah diadakan pada 19hb April 2009 di padang TNB Conought Bridge pada jam 8.00 pagi hingga 3 petang.

Ribuan terima kasih kepada pasukan yang telah mengambil bahagian didalam kejohanan ini, Tahniah kepada pasukan yang menang dan cuba lagi kepada pasukan yang kalah.

Cawangan Sri Damak amat berbangga diatas komitmen dan semangat kesukanan yang telah anda (semua pasukan, pemain, penyokong dan peminat) tunjukan pada hari kejohanan tersebut.

UMNO Cawangan tempat ke 3 di kejohanan Bowling jemputan Pusat Komuniti Andalas 09

UMNO Cawangan telah menghantar wakil ke kejohanan Bowling anjuran Pusat Komuniti Andalas pada 19hb April di Summit Bowling Arena.

Tahniah kepada :-
En. Solehan Mohammad
En. Murad Nordin
En. Jaafar Sabudin
Pn. Latifah Omar

Team Sri Damak telah mendapat tempat ketiga didalam kejohanan ini. Tahniah.



Wednesday, March 18, 2009

Tuesday, March 17, 2009

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) - Apa kata Tun Dr. Mahathir

By
Dr. Mahathir Mohamad
on March 13, 2009 6:48 PM Permalink Comments (579) TrackBacks (0)

1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan

Monday, March 16, 2009

Kejohanan Bowling Wanita dan Puteri Cawangan Sri Damak

Sebanyak 15 buah pasukan telah mengambil bahagian didalam kejohanan bowling wanita dan puteri anjuran UMNO Cawangan Sri Damak yang diadakan pada 15hb Mac 2009 di Ampang Bowl Klang Parade.


Tahniah kepada urusetia yang terdiri dari kombinasi wanita dan puteri cawangan yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini.













Wednesday, March 4, 2009

Keperihatian Uitm terhadap Isu Survival Melayu/Bumiputera.

Blog UMNO Sri Damak akan memaparkan dari masa ke semasa Resolusi hasil Mesyuarat Khas Naib Canselor bersama pengurusan Kanan Uitm mengenai Isu Survival Melayu/bumiputera yang telah diadakan pada 7 hingga 9 November 2008 di Hotel Bayview, Melaka.

Paparan ini bertujuan untuk menjadi panduan kepada orang melayu untuk sama sama bertindak dalam menjamin kelansungan kewujudan bangsa melayu di negara ini.

Terima kasih kepada Dato’ Seri Pro. Dr. Ibrahim Abu Shah dan warga pegawai Kanan Uitm diatas keperihatian ini.

Monday, February 23, 2009

KEJOHANAN BOWLING WANITA DEWASA DAN REMAJA

UMNO Cawangan Sri Damak akan mengadakan kejohanan terbuka Bowlinng untuk Wanita (Dewasa dan Remaja) Sahaja pada 15HB MAC 2009 di Ampang Bowl Klang Parade dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Borang dan pengesahan penyertaan boleh di buat kepada Cik AnisLiza 0123433070 dan Puan Norhayati Wahab 0173610834.

Yuran penyertaan RM 20 untuk seorang atau RM 80 untuk 1 kumpulan 4 orang.

HADIAH
PERTAMA RM 300
KEDUA RM 200
KETIGA RM 100
JATUHAN PIN TERBANYAK – HAMPER
BALINGAN LONGKANG TERBANYAK – HAMPER.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 10hb Mac 2009
* Hanya 16 pasukan pertama akan diterima- pat pat pat siapa cepat dia dapat*

Sunday, February 22, 2009

Kursus Asas persolekan di dewan Sri Damak pada 15hb Februari 2009





Ingin menjadi kelihataan cantik, menarik dan menawan telah menjadi perkataaan senonim kepada setiap mereka yang di katakan perempuan. Berbagai cara digunakan untuk kelihatan cantik, pelbagai jenama terdapat dipasaran. Mengikut kesesuaian pemakai.

Puteri kerjasama wanita UMNO cawangan Sri Damak telah mengadakan kursus asas persolekan di dewan Sri Damak. Inisiatif ini diambil untuk mendidik dan mengajar kepada ahli dan penduduk setempat cara pemakaian dan pemilihan jenama yang bersesuaian.


Semuga dengan adanya kursus sebegini dapat memberi faedah kepada ahli dan penduduk tentang cara penggunaan dan pemilihan alat solek yang bersesuaian.

Monday, February 16, 2009

Santai bersama di laguna Park pada 14hb Feberuari 2009 jam 8.30 malam

Santai bersama di Laguna Park diadakan dengan harapan merubah minda ahli dan jawatankuasa keluar dari kepompong kepada perubahan disamping dapat berinteraksi sesama insan dan keindahan alam sekitar.

Dengan matlamat untuk memantapkan pentadbiran, semangat kerjasama, semangat perjuangan dan yang paling penting untuk merapatkan tali silatur rahim antara ahli, jawatan kuasa dan penduduk.

Terima kasih kepada rakan cawangan lain yang turut hadir terutama kepada Yang Berbahagia Datuk Amzah Umar Mantan Ketua Bahagian memberi/penyuntik semangat kepada ahli dan jawatankuasa. TERIMA KASIH DATUK.

Thursday, February 12, 2009

Majlis ramah mesra zon 2 bersama ketua bahagian serta AJK UBKR.



Seperti sedia maklum UBKR telah meneruskan sistem zon didalam pentadbiran nya. Sistem zon ini banyak memberi faedah kepada UBKR untuk tujuan pentadbiran, menggerakan aktiviti dan pemantauan. Sesuai dengan plan tindakan yang telah dilancarkan oleh Ketua UBKR dimana salah satu strategi UBKR ialah turun padang menemui ahli ahli.

Tujuannya adalah untuk mendekati ahli dan juga pengundi.Pendekatan bijak ini penting kerana dari sini lah titik tolak untuk BN mengambil hati ahli dan pengundi dalam usaha mengambil semula kerusi DUN dan Parlimen yang telah hilang.

Zon 2 terdiri dari Cawangan Sri Damak, Cawangan Sedeli,Cawangan Bukit Sri Siantan dan Cawangan Jalan Langat.

Zon 2 telah mengolah langkah, mengatur strategi selari dengan hasrat, misi dan visi UBKR. Buat permulaan zon 2 telah menjemput Ketua, Timb. Ketua dan Naib ketua serta barisan ahli jawatankuasa UBKR ke majlis turun padang bertempat di Dewan Jalan Langat pada 11hb Februari 2009 jam 8.30 malam.

Dalam majlis ini ketua UBKR Tn. Hj Ir Kamaruzzaman telah diberi peluang untuk menerangkan kepada ahli cawangan zon 2 tentang hala tuju, visi, misi dan plan tindakan UBKR yang telah dirangka sebegitu teliti.Semuga dengan penerangan beliau itu dapat memulihkan semula semangat dan menilai, serta merumus kemana arah tuju UBKR.

Program diakhiri dengan penyerahan plan tindakan UBKR kepada setiausaha 4 cawangan didalam zon 2 untuk diimplimentasikan melalui cawangan.

Tuesday, February 10, 2009

KARPAL SINGH SALAH NAIK KAPAL

Pandangan Pensyarah Undang undang tentang Krisis di Perak
Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Pakaian terpakai untuk fakir miskin dan orang asli




Pada ketika sebahagian besar umat Islam sibuk ke pusat membeli-belah untuk membeli pakaian baru, ada juga insan yang tidak bernasib memakai pakaian koyak disana sini.

UMNO Cawangan Sri Damak merasakan mereka perlu dibantu, Alhamdulillah dengan kerjasama,kesepakatan dan keikhlasan ahli jawatan kuasa cawangan dengan keperihatian ahli dan penduduk setempat berjaya mengumpul pakaian terpakai untuk diagih agihkan kepada yang memerlukan di kawasan Ulu Langat Selangor melalui wakil Pusat Zakat Selangor.
Program yang dijalankan pada 7hb Feb 2009 bertempat di Dewan Sri Damak mendapat sambutan menggalakan dari ahli ahli, penduduk setempat dan penduduk persekitaran Sri Damak. UMNO Caw. Sri Damak mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang ikhlas semuga Allah memberkati keikhlasan tuan/puan.

Thursday, February 5, 2009

Tok Guru dok kecek ni

LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.
“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.
Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.
Kemudian, dipetik dari artikel dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;
KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.
Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.
Baca lanjut sila kesini

Fikir fikirkan lah

Apabila ADUN Bota melompat ke PKR maka berbagai kenyataan dikeluarkan untuk menyokong lompatan ini. Nik Aziz kata satu tindakan bijaksana TETAPI apabila adun PKR nak melompat maka katanya perbuatan melompat parti adalah pengkhianat

Bila ADUN BN lompat ke PKR, MB Perak kata tak perlu adakan PRK.
Bila 2 ADUN PKR (mungkin) nak lompat keluar, Speaker DUN Perak pula kata kena adakan PRK.Akhirnya hari ini SPR putuskan tak perlu adakan PRK.
Akuan Bersumpah dakwa Najib tawar RM50 juta untuk ADUN PKR lompat parti - oleh 'Sumpah-Sumpah' lah tu gamaknya.
ADUN Bota lompat parti tak ada tawaran ke?
Tidakkah pengundi di Perak rasa tertipu oleh PR?
Siapa yang akan puas hati, siapa yang akan tidak puas hati dan siapakah yang akan sakit hati?

Monday, February 2, 2009

Sukan sebagai penghubung dan pemangkin silatur rahim

Didalam mesyuarat jawatan kuasa Cawangan Sri Damak baru baru ini telah memutuskan beberapa aktiviti akan diadakan untuk ahli ahli, penduduk Sri Damak dan penduduk sekitarnya sebagai penjalin hubungan silatur rahim antara ahli, penduduk setempat dan penduduk berhampiran.

Antara aktiviti yang dirancang ialah:-

1. Kejohanan Bowling khas untuk Wanita (Dewasa dan Remaja)
Tarikh: 15hb Mac 2009
Tempat: Pusat Bowling Klang Parade
Masa: 9.30 pagi
Penyelaras: Wanita & Puteri Cawangan Sri Damak

2. Kejohanan Bola Jaring Terbuka
Tarikh: 28hb Mac 2009
Tempat: Dewan Sukan Sri Andalas
Masa: 9.00 pagi
Penyelaras: Wanita & Puteri Cawangan Sri Damak

3. Sukaneka Sri Damak
Tarikh dan masa akan ditetepkan kelak.

Bersama ketua Wanita Cawangan

Assalamualaikum wrh wbh,

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Penyeru sekelian alam, Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana merahmati kita dengan nikmat Iman dan Islam.

Saya ingin memohon maaf kepada ahli-ahli wanita UMNO Sri Damak kerana kelewatan saya untuk mengambil bahagian di dalam blogspot UMNO Sri Damak walaupun ia telah lama dilancarkan oleh Ketua UMNO cawangan kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua Ahli Jawatankuasa UMNO Sri Damak terutamanya kepada Ketua Cawangan & Setiausaha Cawangan yang telah berusaha keras memastikan UMNO Sri Damak kekal utuh dan tetap relevan kepada warga Sri Damak.

Saya juga amat bersyukur dan berbangga dengan ahli-ahli wanita Sri Damak, walaupun tanpa kehadiran saya sebagai Ketua Wanita (kerana menunaikan fardhu haji dari 25 November 2008 hingga 5 Januari 2009) namun ahli-ahli wanita UMNO Sri Damak tidak ketinggalan mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Kota Raja.

Pada 28/12/08 - Pen S/U Wanita & Ketua Penerangan telah menghadiri Kursus Kemantapan Diri Bersama BTN untuk Dun Seri Andalas;

Pada 29/12/08 - hingga 02/01/09 Seramai 4 orang ahli wanita UMNO Sri Damak telah mengikuti Program Membasmi Kemiskinan Anjuran Giat Mara – Kursus Pembuatan Kek, Pastri & Roti di Kem Bumi Jati jalan Kebun

Pada 18/01/09 - Menghadiri Program Ceramah Maal Hijrah dan Gotong Royong Membuat Bubur Asyura di Surau Hjh Fatimah, Kg Dato Dagang

Pada 29/01/09 - Menghadiri Majlis Penyampaian Elaun, Oven & Mixing Bowl kepada peserta kursus Giat Mara di kediaman Y.Bhg Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Y.Bhg Tuan Hj Ir Kamaruzzaman Johari serta Majlis Yasin & Tahlil serta sambutan harijadi Ketua Bahagian

Semoga dengan penyertaan Wanita Sri Damak di dalam kursus pembuatan kek, pastri & roti akan dapat menjadi sumber pendapatan yang dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi Wanita Sri Damak kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu mengubahnya sendiri.

Untuk makluman puan-puan, Wanita Sri Damak akan menganjurkan beberapa program di dalam masa terdekat ini seperti berikut;

07/02/09 - Program kutipan sumbangan pakaian terpakai untuk anak yatim, warga emas, fakir miskin dan orang asli jam 2.00 peang bertempat di Dewan UMNO Sri Damak

28/03/09 - Pertandingan Netball Wanita & Puteri

Pada 08/02/09 - Wanita UMNO Bahagian Kota Raja akan menganjurkan Majlis Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin bertempat di masjid Kg Bukit Naga pada jam 8.30 pagi

Marilah kita hadir beramai-ramai untuk mendoakan agar saudara seagama kita dibebaskan sepenuhnya dari kekejaman dan kezaliman Yahudi serta sekutunya dan umat Islam di seluruh dunia dianugerahkan oleh Allah SWT kesemua kekuatan fizikal, akal, jiwa dan rohani agar umat Islam terus beroleh kemenangan

Sekian, semoga bertemu lagi, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wrh wbh.

Salam hormat,
Nadzifah Maarof
Ketua Wanita UMNO Sri Damak
Pen S/U Wanita UMNO Bahagian Kota Raja
01/01/09.