Pages

Monday, February 23, 2009

KEJOHANAN BOWLING WANITA DEWASA DAN REMAJA

UMNO Cawangan Sri Damak akan mengadakan kejohanan terbuka Bowlinng untuk Wanita (Dewasa dan Remaja) Sahaja pada 15HB MAC 2009 di Ampang Bowl Klang Parade dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Borang dan pengesahan penyertaan boleh di buat kepada Cik AnisLiza 0123433070 dan Puan Norhayati Wahab 0173610834.

Yuran penyertaan RM 20 untuk seorang atau RM 80 untuk 1 kumpulan 4 orang.

HADIAH
PERTAMA RM 300
KEDUA RM 200
KETIGA RM 100
JATUHAN PIN TERBANYAK – HAMPER
BALINGAN LONGKANG TERBANYAK – HAMPER.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 10hb Mac 2009
* Hanya 16 pasukan pertama akan diterima- pat pat pat siapa cepat dia dapat*

Sunday, February 22, 2009

Kursus Asas persolekan di dewan Sri Damak pada 15hb Februari 2009





Ingin menjadi kelihataan cantik, menarik dan menawan telah menjadi perkataaan senonim kepada setiap mereka yang di katakan perempuan. Berbagai cara digunakan untuk kelihatan cantik, pelbagai jenama terdapat dipasaran. Mengikut kesesuaian pemakai.

Puteri kerjasama wanita UMNO cawangan Sri Damak telah mengadakan kursus asas persolekan di dewan Sri Damak. Inisiatif ini diambil untuk mendidik dan mengajar kepada ahli dan penduduk setempat cara pemakaian dan pemilihan jenama yang bersesuaian.


Semuga dengan adanya kursus sebegini dapat memberi faedah kepada ahli dan penduduk tentang cara penggunaan dan pemilihan alat solek yang bersesuaian.

Monday, February 16, 2009

Santai bersama di laguna Park pada 14hb Feberuari 2009 jam 8.30 malam

Santai bersama di Laguna Park diadakan dengan harapan merubah minda ahli dan jawatankuasa keluar dari kepompong kepada perubahan disamping dapat berinteraksi sesama insan dan keindahan alam sekitar.

Dengan matlamat untuk memantapkan pentadbiran, semangat kerjasama, semangat perjuangan dan yang paling penting untuk merapatkan tali silatur rahim antara ahli, jawatan kuasa dan penduduk.

Terima kasih kepada rakan cawangan lain yang turut hadir terutama kepada Yang Berbahagia Datuk Amzah Umar Mantan Ketua Bahagian memberi/penyuntik semangat kepada ahli dan jawatankuasa. TERIMA KASIH DATUK.

Thursday, February 12, 2009

Majlis ramah mesra zon 2 bersama ketua bahagian serta AJK UBKR.



Seperti sedia maklum UBKR telah meneruskan sistem zon didalam pentadbiran nya. Sistem zon ini banyak memberi faedah kepada UBKR untuk tujuan pentadbiran, menggerakan aktiviti dan pemantauan. Sesuai dengan plan tindakan yang telah dilancarkan oleh Ketua UBKR dimana salah satu strategi UBKR ialah turun padang menemui ahli ahli.

Tujuannya adalah untuk mendekati ahli dan juga pengundi.Pendekatan bijak ini penting kerana dari sini lah titik tolak untuk BN mengambil hati ahli dan pengundi dalam usaha mengambil semula kerusi DUN dan Parlimen yang telah hilang.

Zon 2 terdiri dari Cawangan Sri Damak, Cawangan Sedeli,Cawangan Bukit Sri Siantan dan Cawangan Jalan Langat.

Zon 2 telah mengolah langkah, mengatur strategi selari dengan hasrat, misi dan visi UBKR. Buat permulaan zon 2 telah menjemput Ketua, Timb. Ketua dan Naib ketua serta barisan ahli jawatankuasa UBKR ke majlis turun padang bertempat di Dewan Jalan Langat pada 11hb Februari 2009 jam 8.30 malam.

Dalam majlis ini ketua UBKR Tn. Hj Ir Kamaruzzaman telah diberi peluang untuk menerangkan kepada ahli cawangan zon 2 tentang hala tuju, visi, misi dan plan tindakan UBKR yang telah dirangka sebegitu teliti.Semuga dengan penerangan beliau itu dapat memulihkan semula semangat dan menilai, serta merumus kemana arah tuju UBKR.

Program diakhiri dengan penyerahan plan tindakan UBKR kepada setiausaha 4 cawangan didalam zon 2 untuk diimplimentasikan melalui cawangan.

Tuesday, February 10, 2009

KARPAL SINGH SALAH NAIK KAPAL

Pandangan Pensyarah Undang undang tentang Krisis di Perak
Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Pakaian terpakai untuk fakir miskin dan orang asli




Pada ketika sebahagian besar umat Islam sibuk ke pusat membeli-belah untuk membeli pakaian baru, ada juga insan yang tidak bernasib memakai pakaian koyak disana sini.

UMNO Cawangan Sri Damak merasakan mereka perlu dibantu, Alhamdulillah dengan kerjasama,kesepakatan dan keikhlasan ahli jawatan kuasa cawangan dengan keperihatian ahli dan penduduk setempat berjaya mengumpul pakaian terpakai untuk diagih agihkan kepada yang memerlukan di kawasan Ulu Langat Selangor melalui wakil Pusat Zakat Selangor.
Program yang dijalankan pada 7hb Feb 2009 bertempat di Dewan Sri Damak mendapat sambutan menggalakan dari ahli ahli, penduduk setempat dan penduduk persekitaran Sri Damak. UMNO Caw. Sri Damak mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang ikhlas semuga Allah memberkati keikhlasan tuan/puan.

Thursday, February 5, 2009

Tok Guru dok kecek ni

LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT;
KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera.
“Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu.
Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas.
Kemudian, dipetik dari artikel dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ;
KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.
Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.
"Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.
"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah.
Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali.
Baca lanjut sila kesini

Fikir fikirkan lah

Apabila ADUN Bota melompat ke PKR maka berbagai kenyataan dikeluarkan untuk menyokong lompatan ini. Nik Aziz kata satu tindakan bijaksana TETAPI apabila adun PKR nak melompat maka katanya perbuatan melompat parti adalah pengkhianat

Bila ADUN BN lompat ke PKR, MB Perak kata tak perlu adakan PRK.
Bila 2 ADUN PKR (mungkin) nak lompat keluar, Speaker DUN Perak pula kata kena adakan PRK.Akhirnya hari ini SPR putuskan tak perlu adakan PRK.
Akuan Bersumpah dakwa Najib tawar RM50 juta untuk ADUN PKR lompat parti - oleh 'Sumpah-Sumpah' lah tu gamaknya.
ADUN Bota lompat parti tak ada tawaran ke?
Tidakkah pengundi di Perak rasa tertipu oleh PR?
Siapa yang akan puas hati, siapa yang akan tidak puas hati dan siapakah yang akan sakit hati?

Monday, February 2, 2009

Sukan sebagai penghubung dan pemangkin silatur rahim

Didalam mesyuarat jawatan kuasa Cawangan Sri Damak baru baru ini telah memutuskan beberapa aktiviti akan diadakan untuk ahli ahli, penduduk Sri Damak dan penduduk sekitarnya sebagai penjalin hubungan silatur rahim antara ahli, penduduk setempat dan penduduk berhampiran.

Antara aktiviti yang dirancang ialah:-

1. Kejohanan Bowling khas untuk Wanita (Dewasa dan Remaja)
Tarikh: 15hb Mac 2009
Tempat: Pusat Bowling Klang Parade
Masa: 9.30 pagi
Penyelaras: Wanita & Puteri Cawangan Sri Damak

2. Kejohanan Bola Jaring Terbuka
Tarikh: 28hb Mac 2009
Tempat: Dewan Sukan Sri Andalas
Masa: 9.00 pagi
Penyelaras: Wanita & Puteri Cawangan Sri Damak

3. Sukaneka Sri Damak
Tarikh dan masa akan ditetepkan kelak.

Bersama ketua Wanita Cawangan

Assalamualaikum wrh wbh,

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Penyeru sekelian alam, Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana merahmati kita dengan nikmat Iman dan Islam.

Saya ingin memohon maaf kepada ahli-ahli wanita UMNO Sri Damak kerana kelewatan saya untuk mengambil bahagian di dalam blogspot UMNO Sri Damak walaupun ia telah lama dilancarkan oleh Ketua UMNO cawangan kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua Ahli Jawatankuasa UMNO Sri Damak terutamanya kepada Ketua Cawangan & Setiausaha Cawangan yang telah berusaha keras memastikan UMNO Sri Damak kekal utuh dan tetap relevan kepada warga Sri Damak.

Saya juga amat bersyukur dan berbangga dengan ahli-ahli wanita Sri Damak, walaupun tanpa kehadiran saya sebagai Ketua Wanita (kerana menunaikan fardhu haji dari 25 November 2008 hingga 5 Januari 2009) namun ahli-ahli wanita UMNO Sri Damak tidak ketinggalan mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Kota Raja.

Pada 28/12/08 - Pen S/U Wanita & Ketua Penerangan telah menghadiri Kursus Kemantapan Diri Bersama BTN untuk Dun Seri Andalas;

Pada 29/12/08 - hingga 02/01/09 Seramai 4 orang ahli wanita UMNO Sri Damak telah mengikuti Program Membasmi Kemiskinan Anjuran Giat Mara – Kursus Pembuatan Kek, Pastri & Roti di Kem Bumi Jati jalan Kebun

Pada 18/01/09 - Menghadiri Program Ceramah Maal Hijrah dan Gotong Royong Membuat Bubur Asyura di Surau Hjh Fatimah, Kg Dato Dagang

Pada 29/01/09 - Menghadiri Majlis Penyampaian Elaun, Oven & Mixing Bowl kepada peserta kursus Giat Mara di kediaman Y.Bhg Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Y.Bhg Tuan Hj Ir Kamaruzzaman Johari serta Majlis Yasin & Tahlil serta sambutan harijadi Ketua Bahagian

Semoga dengan penyertaan Wanita Sri Damak di dalam kursus pembuatan kek, pastri & roti akan dapat menjadi sumber pendapatan yang dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi Wanita Sri Damak kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu mengubahnya sendiri.

Untuk makluman puan-puan, Wanita Sri Damak akan menganjurkan beberapa program di dalam masa terdekat ini seperti berikut;

07/02/09 - Program kutipan sumbangan pakaian terpakai untuk anak yatim, warga emas, fakir miskin dan orang asli jam 2.00 peang bertempat di Dewan UMNO Sri Damak

28/03/09 - Pertandingan Netball Wanita & Puteri

Pada 08/02/09 - Wanita UMNO Bahagian Kota Raja akan menganjurkan Majlis Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin bertempat di masjid Kg Bukit Naga pada jam 8.30 pagi

Marilah kita hadir beramai-ramai untuk mendoakan agar saudara seagama kita dibebaskan sepenuhnya dari kekejaman dan kezaliman Yahudi serta sekutunya dan umat Islam di seluruh dunia dianugerahkan oleh Allah SWT kesemua kekuatan fizikal, akal, jiwa dan rohani agar umat Islam terus beroleh kemenangan

Sekian, semoga bertemu lagi, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wrh wbh.

Salam hormat,
Nadzifah Maarof
Ketua Wanita UMNO Sri Damak
Pen S/U Wanita UMNO Bahagian Kota Raja
01/01/09.