Pages

Tuesday, April 12, 2011

Persidangan UMNO Sri Damak 2011

Ucapan Penangguhan Ketua Wanita Sri Damak

Bismillahir rahmanir rahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamu ala saidina muhammaadin asyarafil anbiai wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain


Yg saya muliakan Tuan Timbalan Pengerusi Tetap, Tn Hj Yahya Sakri, Yg saya hormati En Jaafar Sabudin Ketua UMNO Cwgn Sri Damak, Yg saya hormatkan En Nasjarudin Abd Kadir Wakil UMNO Bahagian Kota Raja, Puan Hjh Halimah Ali wakil wanita UMNO Bhg, Sdra Ahmad Effendi Jemaat Wakil Pemuda UMNO Bhg, Pn Azizah Salleh Wakil Puteri UMNO Bhg, Barisan AJK UMNO Caw Sri Damak, Ajk Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sri Damak, tuan-tuan dan puan-puan sekelian..


Assalamu alaikum wrh wbt


Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan yang telah memberi kita kesihatan yang baik, kelapangan masa, ketenangan hati dan keberkatan rezeki sehingga dapat kita berkumpul pada malam ini di dalam Persidangan Tahunan UMNO Caw Sri Damak 2011.


Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas serta terima kasih yg tidak terhingga keana tuan2 dan puan2 telah dapat menunaikan tangungjawab, amanah dan komitmen sebagai ahli-ahli yg setia kepada parti UMNO. Persidangan tahunan adalah syarat wajib yang perlu dipatuhi dan diadakan setiap tahun bagi wujudnya sesebuah persatuan itu. Jadi percayalah bahawa kehadiran tuan2 dan puan2 amat penting dan signifikan kepada nyawa UMNO cawangan ini.


Saya juga berharap semoga dengan pertemuan kita pada malam ini akan menjadi satu pemangkin dan momentum kepada kita untuk berusaha dengan gigihnya bagi memastikan kita akan menang 3-0 di dalam PRU yang akan datang. Dan semoga dengan pertemuan ini juga Allah simpulkan hati-hati kita di dalam satu ikatan yang kuat dan teguh berlandaskan pegangan Agama Islam yang suci kerana sesungguhnya umat Islam itu ibarat anggota di dalam satu tubuh, satu anggota menguatkan anggota tubuh yang lain.


Saya percaya dengan semangat juang yang kental dalam diri tuan2 dan puan2 semua serta diiringi dengan gerakerja dan sistem yang betul, kita pasti akan dapat melakukannya bersama-sama. Marilah kita membantu dengan sedaya upaya kita di dalam gerakerja pilihanraya jika kita mahu Barisan Nasional memerintah semula.


Hendaklah kita sentiasa yakin dengan sepenuh-penuhnya bahawa parti UMNO lah yang semestinya menjadi tunjang dan teraju kepada Barisan Nasional dan orang Melayu perlu kekal memimpin negeri dan negara agar bangsa Melayu dihormati dan Agama Islam dimuliakan.


Tuan2 dan puan2 sekelian, dalam masa 3 thn Pakatan Rakyat memerintah Selangor, bermacam-macam perkara yang menyakitkan mata kita dan mengecewakan hati kita berlaku di mana-mana. Kalau dulu kaum-kaum lain amat menghormati orang Melayu, budaya Melayu dan agama Islam, kini kaum2 lain di dalam parti lawan telah hilang hormat kepada bangsa melayu dan hilang sensitiviti kepada agama kita. Mereka dengan sewenang-wenangnya menyinggung perasaan kita atas alasan kesamarataan.


Mereka menyalahgunakan ayat-ayat Quran dalam ceramah politik, mereka tidak menghormati masjid dan surau tempat ibadah kita, mereka tidak menghormati penggunaan kalimah Allah lafadz Jalalah, mereka tidak menghormati bahawa arak itu haram dijual, dibeli, dibuat, dihidang apatah lagi diminum oleh org2 Islam, mereka juga tidak menghormati bahawa khinzir itu najis mughaladzah bagi org Islam.


Tuan2 dan Puan2 sekelian, org2 melayu dalam parti lawan hanya tunduk dan menjadi boneka kepada DAP. Kekayaan dan hasil negeri kita dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya. Lihat sahaja Yayasan Selangor yang mana dananya telah dihabiskan melalui perbelanjaan yang hampir mencecah 1 juta hanya untuk satu majlis sambutan ulangtahun. Mereka juga cuba menghapuskan hak istimewa orang melayu dengan tuntutan menghapuskan kuota Bumiputra di dalam pendidikan dan pemilikan hartanah. Mereka telah berusaha agar 10% kuota pelajar UiTM dibuka kepada bukan Bumiputra. Mengapa UiTM yang asas penubuhannya adalah untuk pendidikan anak melayu hendak dibuka kepada bukan melayu? Sedangkan banyak kolej-kolej dan IPTS Cina yang boleh dimasuki oleh mereka... malah khabarnya ada yang diletakkan syarat kemasukannya pelajar2 tersebut hendaklah mendaftar sebagai ahli dan pengudi DAP.


Tuan2 dan puan2, di dalam sektor ekonomi dan perniagaan pula, mereka meminta projek2 yang diberikan kepada sykt bumiputra diberikan juga kepada mereka oleh kerajaan, tetapi di dalam sykt2 besar yg dimiliki oleh kaum cina, mereka tidak beri kerja2 kepada org melayu. Hampir semua kerja dari sekecil-kecilnya sehingga kepada professional hanya diberi kepada kaum mereka sahaja. Kalau ada org melayu terlibat pun mungkin hanya sebagai pekerja atau proksi. Iklan bagi jawatan2 dalam syarikat cina juga pasti akan meletakkan syarat boleh berbahasa mandarin yang mana memang jelas lah tidak dapat diisi oleh anak melayu.


Justeru itu tuan2 dan puan2, sedarlah tidak ada orang lain yang akan membela nasib melayu melainkan kita orang melayu di dalam parti UMNO. Kita lah yang bersemangat waja ini adalah pejuang2 melayu. Ini negeri dan negara kita. Di sini kita lahir, kita membesar, kita membina keluarga, berkarier.. dan di bumi ini juga kita akan bersemadi. Tanggungjawab dan amanah bagi kita adalah bagi mewariskan anak2 dan cucu cicit kita warisan bumi bertuah ini agar jangan sampai pada satu ketika nanti benar2 pula terjadinya “bumi dipijak milik orang” kerana pada tika dan saat itu airmata darah pun tidak akan dapat mengembalikan warisan ini kepada kita.


Akhir kata terimalah 2 rangkap pantun dari saya ,


Patah rotan tali bersilang,


Batang meranti rimbun berjejal,


Langkah palawan di tengah gelanggang,


Berpantang mati sebelum ajal.



Cik Dayang orang berbidan,


Pandai mengurut sakit kepala,


Biar berkalang nyawa di badan,


Negara ini ku pertahankan jua.



Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Thursday, March 31, 2011

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH KEPADA TUAN HJ. RAMLI SALLEH

Selamat pergi dan kembali,semuga diberkati dan diterima pahala UMRAH nya kepada Tuan Hj Ramli Salleh, Naib Ketua Cawangan Jalan Langat.

DEMO MENENTANG SUHAIMI ADUN PKR PENDERHAKA Pada 13hb Januari 2011



TAKLIMAT GABEM OLIH TAN SRI RAHIM PADA 14hb JANUARI 2011