Pages

Sunday, January 18, 2009

Puteri Cawangan turut serta program bubur Asyura Puteri UBKR

Pada 10 Januari 2009 bersamaan 13 Muharram 1430, Puteri UMNO Bahagian Kota Raja telah mengadakan program "Memasak bubur Asyura" bagi memperingati peristiwa yang menimpa Nabi Noh a.s dan umatnya.

Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli Puteri UBKR sesama sendiri. Bubur Asyura telah dimasak dan diagih-agihkan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah Johan Setia, Institut Taufiq Islami Jalan Kebun dan Madrasah Darul Tahfiz Ummul Qura Jalan Kebun.

Puteri UMNO Cawangan Sri Damak juga tidak ketinggalan menyertai program ini.


Saturday, January 17, 2009

Aduan anjing berkeliaran di Sri Damak

Anjing adalah diantara spesis yang telah dikenalpasti menjadi penduduk haram di kawasan Sri Damak. Anjing anjing banyak berkeliaran dikawasan ini terutama di lorong lorong belakang rumah. Anjing anjing ini secara berkumpulan berhijrah dari sebuah lorong ke sebuah lorong mencari mangsa dan berkhalwat secara terancang.
Anjing anjing ini telah beberapa kali di lihat mengejar anak anak yang diarahkan oleh keluarga untuk membeli sesuatu di kedai berhampiran dan yang hendak pergi bermain di padang.
Juga telah membunuh kejam kucing kucing comel yang mundar mandir dibelakang rumah.
Anjing anjing yang tidak berugama ini juga telah menceroboh masuk ke kawasan surau yang suci tanpa kebenaran tuan bilal Hj Zawawi Md Ali.Ini amat menduka citakan sepatut di kutuk sekeras kerasnya.
Oleh itu UMNO Sri Damak telah membuat aduan rasmi ke MPK untuk tindakan lanjut:-
Tarikh Penerimaan 17-01-2009 16:12 PM
Nama Anda JAAFAR SABUDIN
Kategori/Jenis Masalah GANGGUAN BINATANG :: ANJING
Kawasan Majlis KLANG SELATAN ::
TAMAN SRI ANDALAS
Bentuk Maklumbalas ADUAN
Status Semasa DITERIMA
Tajuk Masalah
Anjing anjing berkeliaran Lokasi Masalah/Kejadian Padang di belakang Dewan Sri Andalas dan dibelakang/lorong rumah rumah Huraian Masalah Anjing anjing berkeliaran dikawasan disebutkan terutama nya di waktu malam dan petang terutama ditempat tempat sunyi.Anjing ini secara berkumpulan akan mengejar anak anak kecil dan kucing kucing yang berkeliaran dibelakang/lorong belakang rumah.Merbahaya kepada anak anak kecil yang berseorangan ke kedai berhampiran, pernah ternampak sekumpulan anjing mengejar anak2 mengayoh basikal yang di arahkan oleh keluarga untuk membeli sesuatu berhampiran padang Sri Damak.

Friday, January 16, 2009

UMNO Sri Damak mengutuk pencerobohan Israel keatas GAZA



Umno Cawangan Sri Damak mengutuk sekeras keras nya pencerobohan dan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di GAZA. Israel sebenarnya PENGGANAS BERSIRI bertaraf dunia.

Ahli UMNO dan Penduduk Sri Damak memanjatkan doa keamanan dan kesejahteraan hidup kepada rakyat Palestin dan KEMUSNAHAN kepada Negara dan rakyat Israel.

Menyeru kepada rakyat Malaysia supaya memBOIKOT produk dan rangkaian produk Israel

Wednesday, January 7, 2009

Ketua Wanita Cawangan sudah bergelar Hajjah

Semua ahli jawatankuasa cawangan,pergerakan wanita,pergerakan puteri dan pergerakan pemuda serta semua ahli cawangan Sri Damak memanjatkan rasa shukur kepada Allah kerana ketua pergerakan wanita cawangan Cik Puan Nadzifah Maarof yang kini bergelar Hajjah Puan Nadzifah telah selamat kembali ke tanah air pada subuh 5hb Januari 2009.
Semuga pemergian beliau ke tanah suci Mekah dan ibadah beliau mendapat restu dan diterima oleh Allah danserta mendapat Hajjah yang makbrur.Amin.

CENDERAHATI PUTERI CAW. KEPADA BAKAL HAJI

Pada 06 November 2008 yang lalu, kami (Puteri UMNO Cawangan Sri Damak Bahagian Kota Raja) telah mengadakan Program Majlis Tahlil dan Doa selamat serta sumbangan ikhlas bagi meraikan keberangkatan dua Jemaah Haji Malaysia cawangan Sri Damak iaitu Puan Nadzifah Binti Maarof ( Ketua Wanita UMNO Sri Damak) dan Puan Sabura bertempat dia Surau Riyadhussolihin selepas solat magrib.

Majlis disertai seramai 30 orang termasuk AJK perlaksanaan Program dan Jemaah Surau. Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Hj Kamaruzzaman Juhari , Puan Suhaila Dato M’Zain dan Puan Rita Hartini Binti Ramli diatas sumbangan ikhlas bagi menyempurnakan majlis kami. Tidak lupa juga untuk Jemaah surau dan AJK Cawangan yang memberi kerjasama yang padu.

Doa kami agar para Jemaah Haji dapat menyempurnakan Rukun Islam yang kelima dan mendapat Haji Mabrur Insyaallah.