Pages

Wednesday, January 7, 2009

CENDERAHATI PUTERI CAW. KEPADA BAKAL HAJI

Pada 06 November 2008 yang lalu, kami (Puteri UMNO Cawangan Sri Damak Bahagian Kota Raja) telah mengadakan Program Majlis Tahlil dan Doa selamat serta sumbangan ikhlas bagi meraikan keberangkatan dua Jemaah Haji Malaysia cawangan Sri Damak iaitu Puan Nadzifah Binti Maarof ( Ketua Wanita UMNO Sri Damak) dan Puan Sabura bertempat dia Surau Riyadhussolihin selepas solat magrib.

Majlis disertai seramai 30 orang termasuk AJK perlaksanaan Program dan Jemaah Surau. Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Hj Kamaruzzaman Juhari , Puan Suhaila Dato M’Zain dan Puan Rita Hartini Binti Ramli diatas sumbangan ikhlas bagi menyempurnakan majlis kami. Tidak lupa juga untuk Jemaah surau dan AJK Cawangan yang memberi kerjasama yang padu.

Doa kami agar para Jemaah Haji dapat menyempurnakan Rukun Islam yang kelima dan mendapat Haji Mabrur Insyaallah.