Pages

Saturday, January 17, 2009

Aduan anjing berkeliaran di Sri Damak

Anjing adalah diantara spesis yang telah dikenalpasti menjadi penduduk haram di kawasan Sri Damak. Anjing anjing banyak berkeliaran dikawasan ini terutama di lorong lorong belakang rumah. Anjing anjing ini secara berkumpulan berhijrah dari sebuah lorong ke sebuah lorong mencari mangsa dan berkhalwat secara terancang.
Anjing anjing ini telah beberapa kali di lihat mengejar anak anak yang diarahkan oleh keluarga untuk membeli sesuatu di kedai berhampiran dan yang hendak pergi bermain di padang.
Juga telah membunuh kejam kucing kucing comel yang mundar mandir dibelakang rumah.
Anjing anjing yang tidak berugama ini juga telah menceroboh masuk ke kawasan surau yang suci tanpa kebenaran tuan bilal Hj Zawawi Md Ali.Ini amat menduka citakan sepatut di kutuk sekeras kerasnya.
Oleh itu UMNO Sri Damak telah membuat aduan rasmi ke MPK untuk tindakan lanjut:-
Tarikh Penerimaan 17-01-2009 16:12 PM
Nama Anda JAAFAR SABUDIN
Kategori/Jenis Masalah GANGGUAN BINATANG :: ANJING
Kawasan Majlis KLANG SELATAN ::
TAMAN SRI ANDALAS
Bentuk Maklumbalas ADUAN
Status Semasa DITERIMA
Tajuk Masalah
Anjing anjing berkeliaran Lokasi Masalah/Kejadian Padang di belakang Dewan Sri Andalas dan dibelakang/lorong rumah rumah Huraian Masalah Anjing anjing berkeliaran dikawasan disebutkan terutama nya di waktu malam dan petang terutama ditempat tempat sunyi.Anjing ini secara berkumpulan akan mengejar anak anak kecil dan kucing kucing yang berkeliaran dibelakang/lorong belakang rumah.Merbahaya kepada anak anak kecil yang berseorangan ke kedai berhampiran, pernah ternampak sekumpulan anjing mengejar anak2 mengayoh basikal yang di arahkan oleh keluarga untuk membeli sesuatu berhampiran padang Sri Damak.