Pages

Monday, February 2, 2009

Bersama ketua Wanita Cawangan

Assalamualaikum wrh wbh,

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan Penyeru sekelian alam, Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana merahmati kita dengan nikmat Iman dan Islam.

Saya ingin memohon maaf kepada ahli-ahli wanita UMNO Sri Damak kerana kelewatan saya untuk mengambil bahagian di dalam blogspot UMNO Sri Damak walaupun ia telah lama dilancarkan oleh Ketua UMNO cawangan kita. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua Ahli Jawatankuasa UMNO Sri Damak terutamanya kepada Ketua Cawangan & Setiausaha Cawangan yang telah berusaha keras memastikan UMNO Sri Damak kekal utuh dan tetap relevan kepada warga Sri Damak.

Saya juga amat bersyukur dan berbangga dengan ahli-ahli wanita Sri Damak, walaupun tanpa kehadiran saya sebagai Ketua Wanita (kerana menunaikan fardhu haji dari 25 November 2008 hingga 5 Januari 2009) namun ahli-ahli wanita UMNO Sri Damak tidak ketinggalan mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Kota Raja.

Pada 28/12/08 - Pen S/U Wanita & Ketua Penerangan telah menghadiri Kursus Kemantapan Diri Bersama BTN untuk Dun Seri Andalas;

Pada 29/12/08 - hingga 02/01/09 Seramai 4 orang ahli wanita UMNO Sri Damak telah mengikuti Program Membasmi Kemiskinan Anjuran Giat Mara – Kursus Pembuatan Kek, Pastri & Roti di Kem Bumi Jati jalan Kebun

Pada 18/01/09 - Menghadiri Program Ceramah Maal Hijrah dan Gotong Royong Membuat Bubur Asyura di Surau Hjh Fatimah, Kg Dato Dagang

Pada 29/01/09 - Menghadiri Majlis Penyampaian Elaun, Oven & Mixing Bowl kepada peserta kursus Giat Mara di kediaman Y.Bhg Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Y.Bhg Tuan Hj Ir Kamaruzzaman Johari serta Majlis Yasin & Tahlil serta sambutan harijadi Ketua Bahagian

Semoga dengan penyertaan Wanita Sri Damak di dalam kursus pembuatan kek, pastri & roti akan dapat menjadi sumber pendapatan yang dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi Wanita Sri Damak kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu mengubahnya sendiri.

Untuk makluman puan-puan, Wanita Sri Damak akan menganjurkan beberapa program di dalam masa terdekat ini seperti berikut;

07/02/09 - Program kutipan sumbangan pakaian terpakai untuk anak yatim, warga emas, fakir miskin dan orang asli jam 2.00 peang bertempat di Dewan UMNO Sri Damak

28/03/09 - Pertandingan Netball Wanita & Puteri

Pada 08/02/09 - Wanita UMNO Bahagian Kota Raja akan menganjurkan Majlis Solat Hajat Untuk Rakyat Palestin bertempat di masjid Kg Bukit Naga pada jam 8.30 pagi

Marilah kita hadir beramai-ramai untuk mendoakan agar saudara seagama kita dibebaskan sepenuhnya dari kekejaman dan kezaliman Yahudi serta sekutunya dan umat Islam di seluruh dunia dianugerahkan oleh Allah SWT kesemua kekuatan fizikal, akal, jiwa dan rohani agar umat Islam terus beroleh kemenangan

Sekian, semoga bertemu lagi, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wrh wbh.

Salam hormat,
Nadzifah Maarof
Ketua Wanita UMNO Sri Damak
Pen S/U Wanita UMNO Bahagian Kota Raja
01/01/09.