Pages

Friday, January 14, 2011

Bersama ahli kariah di Majlis Korban dan Aqiqah anjuran Surau


Ucapan selamat hari raya dari Ketua Cawangan

Sumbangan Hamper UMNO Cawangan kepada ibu tunggal sempena Sambutan Aidil Fitri 2010

Menghadiri ceramah anjuran Surau


Bersama ahli kariah mengecat surau


Aduan Anjing berkeliaran

Nama Anda JAAFAR SABUDIN Kategori/Jenis Masalah GANGGUAN BINATANG :: ANJING Kawasan Majlis KLANG SELATAN :: TAMAN SRI ANDALAS Bentuk Maklumbalas ADUAN Status Semasa DITERIMA Tajuk Masalah Anjing anjing berkeliaran Lokasi Masalah/Kejadian Padang di belakang Dewan Sri Andalas dan dibelakang/lorong rumah rumah Huraian Masalah Anjing anjing berkeliaran dikawasan disebutkan terutama nya di waktu malam dan petang terutama ditempat tempat sunyi.
Anjing ini secara berkumpulan akan mengejar anak anak kecil dan kucing kucing yang berkeliaran dibelakang/lorong belakang rumah.
Merbahaya kepada anak anak kecil yang berseorangan ke kedai berhampiran, pernah ternampak sekumpulan anjing mengejar anak2 mengayoh basikal yang di arahkan oleh keluarga untuk membeli sesuatu berhampiran padang Sri Damak.

Ramah mesra bersama mantan Ketua Bahagian UBKR

Thursday, January 13, 2011

Thursday, February 25, 2010

Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Ceramah telah diadakan di Surau Riyadhussolihin Sri Damak sempena memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w pada 24hb Februari 2010 selepas sembahyang Maghrib yang disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz Turmidi Surip.


Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul





Thursday, February 18, 2010

Kenduri Kesyukuran meraikan perkahwinan Ketua Wanita Cawangan

Cawangan Sri Damak telah menganjurkan kenduri kesyukuran sempena meraikan perkahwinan Ketua Wanita Cawangan Pn. Nadzifah Maarof dengan Setiausaha Bahagian En. Che Azman Ismail.Semuga ikatan ini berkekalan sehingga ke anak cucu.

Cawangan dan ahli ahlinya mengucapkan Tahniah kepada mereka berdua.

Yassin dan doa telah dipandu oleh Iman surau Riyadhussolihin iaitu Tuan Hj Abdul Wahab Hj Ahmad.

Sunday, January 17, 2010

Selamat Pengantin Baru Che Azman dan Nadzifah

Barisan ahli jawatan kuasa UMNO cawangan Sri Damak mengucapkan tahniah kepada Ketua Wanita Cawangan kerana telah bertemu jodoh yang dicari selama ini,kami semua mendoakan agar pasangan ini bahagia sehingga ke anak cucu,InsyaAllah.





Rombongan Ke Batu Pahat meraikan Pengantin baru Che Azman dan Nadzifah





Thursday, August 27, 2009

Pertandingan Boling Piala Puan Nahar

Pergerakan Wanita UMNO cawangan Sri Damak telah turut serta di dalam Pertandingan Boling Piala Ketua Wanita Bahagian yang telah diadakan pada 16 Ogos 2009 di Megalane, Plaza Alam Sentral. Tahniah diucapkan kerana telah tersenarai di dalam 7 kumpulan yang terbaik. Go...Damak!!

Tuesday, August 4, 2009

Tahniah Ketua Wanita Cawangan

Cawangan Sri Damak mengucapkan tahniah kepada ketua wanita cawangan Hjh cik Puan Nazifah Maarof kerana telah di istiharkan mendapat undi terbanyak didalam pengundian G7 semasa mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja.

Terima kasih kepada pengundi pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil UBKR, tuan puan telah memilih orang yang betul betul layak untuk menghadiri mesyuarat UMNO peringkat Nasional.

Tahniah juga kepada enam orang lagi calon yang menang, gunakan lah Amanah yang diberikan kepada anda semua untuk kepentingan anak bangsa dan agama.Ingatlah AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN.

Kepada yang kalah bertanding, percayalah anda sebenarnya tidak kalah semua.

SELAMAT BERSIDANG.

Tuesday, July 28, 2009

10 K dalam persahabatan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah) .

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan. Maaf kalau agak membosankan, namun saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai topik ini.